Saturday, December 5, 2009

Assalamualaikum...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Pada hari ini, (Sabtu) 5 Disember 2009 bersamaan 18 Zulhijjah 1430 Hijrah, saya memilih untuk memulakan sebuah blog yang saya namakannya sebagai "MAZHAB CINTA". Blog ini saya tujukan khusus buat pembaca yang beragama Islam khasnya dan bukan Islam amnya.

Saya memilih tarikh ini kerana jika kita melihat pada sejarah Islam, satu peristiwa besar yang telah berlaku iaitu telah sempurnanya sebuah agama suci iaitu Islam melalui wahyu yang disampaikan oleh Allah S.W.T melalui malaikat Jibril kepada Junjungan Besar kita Rasulullah S.A.W iaitu Surah Al-Maidah ayat 3, penutup segala ayat bagi sebuah kitab suci iaitu Al-Quran.

Peristiwa tersebut terjadi pada 18 Zulhijjah tahun 10 Hijrah bersamaan 15 Mac tahun 623 Masihi. Ia berlaku di sebuah termpat yang bernama lembah Ghadir atau lebih dikenali sebagai Ghadir Khum. Sehubungan dengan tarikh tersebut saya menganggap satu tarikh yang sangat baik kerana pada tarikh tersebut bermulanya perjalanan suatu agama iaitu Islam yang terus berkembang tanpa ada lagi turunnya wahyu setelah itu.

Saya berharap dengan wujudnya blog ini, ia dapat memberi sedikit pengetahuan kepada pembaca yang membaca blog ini.

Sekian dahulu daripada saya,

ahlulbait_ps...



1 comment:

  1. salam...pak syd dh pndai memblog thniah!tp kna apgred lg blog ni...p la tnya sapa2 yg pandai blog mntak tolong ajaq,x rugi pon

    ReplyDelete